Adakah saya layak dikenakan cukai?
Mulai tahun 2010, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan Potongan Cukai Berjadual (PCB), pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Langkah yang perlu dilakukan jika saya layak dikenakan cukai?
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Bagaimana cara mendaftar fail cukai?
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.
Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?
Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:
a. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,
b. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
c. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
b. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
c. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Bagaimana cara mendaftar?
a. Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau
b. Mendaftar Secara On-line di e-Daftar
Sumber rujukan: http://www.hasil.org.my
No comments:
Post a Comment