20111102

Keistimewaan Madinah

Hadith:
Rasulullah pernah berdoa yang maksudnya:
’Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah’.

Huraian Hadith:
  • Rasulullah SAW telah berhijrah ke Madinah dan menjadikannya sebagai medan dakwah dan seterusnya sebagai Tanah Suci kedua selepas Tanah Suci Makkah al-Mukarramah.
  • Ia kaya dengan sejarah-sejarah yang jelas terkandung di dalam Al-Quran. Sebelum Rasululullah SAW memasuki Madinah, ia merupakan sebuah negeri tempat bersarangnya penyakit.
  • Antara kelebihan dan keistimewaan Madinah ialah:
1.Bumi Yang Subur Dan Makmur
    Bumi Madinah mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat
    lebih daripada khasiat yang terdapat pada tamar-tamar lain.
    Rasulullah SAW pernah bersabda:
    ‘Sesiapa yang di waktu pagi makan 7 biji kurma Ajwah, pada hari itu dia
    tidak akan terkena racun mahupun sihir’.
          2. Masjid Nabawi
              Ia terletak di tengah-tengah kota Madinah.
              Asalnya ia merupakan tapak pusat pengeringan tamar dan kebun tamar milik dua
              orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl.
              Rasulullah SAW telah membeli tanah itu daripada mereka dan membangunkan
              masjid bersama-sama dengan Kaum Ansar dan Muhajirin.
              Sabda Rasulullah SAW
              Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain 
              masjid kecuali di Masjidil Haram.
             ( Bukhari dan Muslim)

         3. Tanah Haram
             Seperti Makkah, Madinah juga merupakan tanah haram.
             Ianya menjadikan setiap umat Islam sentiasa berwaspada dan memelihara diri
             daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT ketika berada di sana.
             Sabda Rasulullah SAW:
             Madinah adalah tanah haram,
             letakknya antara Bukit Eir dan Bukit Tsur,sesiapa yang melakukan kezaliman
             (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman di dalamnya maka ke
             atasnya laknat Allah SWT,malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan sama
             ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah SWT daripadanya pada hari
             kiamat kelak.
            ( Bukhari dan Muslim)

         4.Keutamaan Meninggal Dunia di Madinah
            Bagi sesiapa yang boleh menetap di Madinah hingga sampai ajalnya.
            Oleh kerana ini jugalah maka Khalifah Umar r.a pernah berdoa kepada
            Allah SWT: Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalan-Mu dan jadikanlah
            matiku di negeri Rasul Mu.

         5.Terpelihara Daripada Dajjal
            Madinah merupakan kota yang dijanjikan Rasulullah tidak akan di masuki oleh
            Dajjal.
            Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
            Tidak ada suatu negeri pun kecuali Dajjal akan memasukinya kecuali Makkah dan
            Madinah,di keduanya tidak terdapat satu tempat pun kecuali para malaikat akan
            berbaris menjaganya.
            Kemudian Madinah akan menggoncangkan penduduknya sebanyak tiga kali,lalu Allah
            SWT mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik.
            (Riwayat Bukhari)
  • Maka tidak hairanlah jika sekali bumi Madinah dipijak, akan terasa kerinduan untuk mengunjunginya lagi.
  • Ini kerana suasana di Madinah cukup aman dan damai serta penuh dengan ketenangan.
  • Semoga suatu hari nanti kita dapat mengunjungi Madinah dan akan dapat menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Sumber: e-mail daripada m.ariff@ajman.ac.ae


                                   Masjid Nabawi, Al Madinah Al Munawwarah 
                                           Picture taken from Wikipedia

No comments:

Post a Comment