20111102

Punca atau sebab keguguran

  • Kebanyakan disebabkan oleh kromosom yang tidak normal, dan oleh kerana janin itu tidak sihat, maka dengan sendirinya ia tidak dapat bertahan lama dan akhirnya gugur.
  • Lain-lain sebab ialah merokok, meminum alkohol, mereka yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti kokain, ubat penghapus serangga, benda yang mengandungi radioaktif dan lain-lain.
  • Kadang-kadang fibroid juga boleh menyebabkan keguguran terjadi dikalangan mereka yang sudah agak berumur.
  • Ada juga yang disebabkan oleh pangkal rahim yang lemah, tetapi ini berlaku kebanyakkannya pada kandungan 14 minggu keatas.
  • Keadaan kesihatan wanita yang tidak memuaskan seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit tiroid dan sekiranya mereka diubati dan mendapat rawatan optimal, peluang untuk kandungan yang berjaya mennjadi lebih tinggi.
  • Jangkitan kuman juga merupakan pemyebab kepada keguguran, rubella infection, sekiranya anda masih belum di-imunisasi, pastikan mendapat suntikkan rubella diklinik berdekatan.
  • Lain-lain kuman penyebab keguguran ialah  toxoplasma gondii, yang ada dalam najis kucing dan tanah.
  • Elakkan memakan sebarang jenis ubat sama sekali semasa awal mengandung.
  • Keguguran juga kerap berlaku pada mereka yang mengandung kembar dan mereka yang mengalami masaalah kekurangan menjalani prosedur bayi tabung uji.
  • Keguguran juga boleh berpunca dari prosedur amniocentesis jadi wanita seharusnya perlu mendapatkan kaunselling yang cukup sebelum menjalani procedur ini.
  • Ubat-ubatan traditional dan herba yang boleh membuatkan rahim mengecut.
Sinar Baru
Bagi mereka yang mengalami keguguran kali pertama, peluang untuk mengandung
seterusnya adalah sama dengan mereka yang tidak pernah keguguran.
Begitu juga mereka yang keguguran 2 kali berturut-turut peluang untuk mengandung masih lagi tinggi, itulah sebabnya doktor hanya akan melakukan menyiasatan rapi apabila wanita keguguran 3 kali berturut turut.
Sekiranya anda hamil sekali lagi, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi tetapi jangan lupa untuk memastikan degupan jantung janin disahkan melalui ultrasound scan sebaik sahaja kehamilan dapat dikesan melalui ujian air kencing.

Sumber: KPMC Website



No comments:

Post a Comment